Thursday, October 22, 2009

i'm not a forever loser!

Salam..lama gak rasa tak update blog nie..hee actually lepas test JPJ hari tu mmg sy takda mood langsung nak mengarang cerpen kat sini. Why? coz sy gagal test tu..huu
Gagal apa? Mesti la gagal bukit..bukit kat SKEM tu kn bukit 'sumpahan'. (hehe..memetik kata2 Cik Far..).
Kenapa gagal? Terundur....malu btol sy,sbelum nie siap ckp confident kat bukit 95% tu..hoho the lesson is,jgn bangga diri dan over confident!
Ntah la,kalau sy nk salah kn diri sendiri yg tak pandai balance klac ngn minyak pun btul,kalau nak kata tak fokus pun btul jgk n kalau disebabkn dpt keta yg buruk pun btul! hehe cukup semua syarat utk sy jadikan alasan atas kegagalan sy.
Tapi,kalau dah takdir tu sapa bleh halang kn. Mungkin bukan rezeki sy utk lulus waktu tu. Memetik kata2 lecturer sy, "If it is not yours,it will never be yours".
Jadi sy phm kn camni la,klau dah Allah ckp benda tu bkn milik sy,sy takkan dpt pun dan kalau sy dpt pun mgkin sy akan kehilangannya jgk nanti.
Mula2 sy sedih gak..yer ar..time training mmg takde masalah. Tu yg agak terkejut n i started to think that i'm such a loser.. But then, i've tried to accept it.
Sehinggalah Allah buka kn jln dan peluang utk sy usaha lagi,tak sangka last2 minit SKEM setuju masuk kn nama sy even senarai dah penuh.
Bila test ulangan tu? semalam..heh. The result is..lulus la..Terima kasih la sgt2 kat mak n abah yg byk berdoa, my fiance yg selalu mencabar sy utk buktikan yg terbaik pd dia,kengkawan yg bagi supports n everbody yg terlibat la dlm mambantu menjayakan sy. (Fuh..giler skema ayat aku..).
Tapi apapun sy rasa mmg sy bernasib baik la hari test ulangan tu. Pegawai2 JPJ yg bertugas hari tu sporting2, cikgu2 byk bagi nasihat dan tips dan aku dpt keta yg mmg takda masalah.
Heh,tapi sy ni mmg gelabah tahap gaban la..time sy nk buat parking, sy wonder pesal la keta ni asyik mati jer. Bila sy angkat klac jer mati. Angkat jer mati.
Lebih 8 kali sy rasa. sy dah panic, dlm fikiran sy igt nk gagal aja ni. Then apalagi, sy jerit kuat2 kat Pegawai JPJ tu, "Encik,keta rosakkk!!!"
Tiba2 Encik tu jerit blik kat sy, "Keta tak rosak! Macam mana keta nk jln kalau awk tak lepas handbreak abis!"
Terkesima sy dgr. Terus sy tgk brek tgn. heh..mmg btul pun..apalagi,lepas cepat2 then dgn sepantas kilatnya sy msuk kotak parking,nasib sempat. Hampeh tol kan..
G je kat Encik tu, terus dia buat ayat membedel sy.."Lesen nak,tp brek tgn pun taktau dah lepas ke blum.."
Ah..tak kisah la..now i've got the license! Thanks GOD!!
Jadi,selepas ni kalau kita gagal jgn cepat putus asa..bangkit dan cuba utk melakukan yg terbaik!
InsyaAllah rezeki Allah sentiasa ada utk kita..kerana Dia Maha Adil...
p/s: Tak sbr ar nk drive..sapa2 ade keta yg sudi nk d korban kan tak? :p

Monday, October 5, 2009

Esok=Ujian Praktikal dgn JPJ!



Huhu..berdebar-debar btul nak g test JPJ esok.Tadi baru rehearsal dgn cikgu sy.
Semuanya ok lah..klau nk summarize,agk2 camni la:

bukit=confident 90%
parking=confident 92%
tiga penjuru=confident 95%
jln raya=confident 75%

Apesal jln raya sy rasa B? hehe..sebabnya sy nie gelabah sket klau ada lorI
or bas ikut blakang.Tambah2 bila d ikut dgn rapat,sy rs cm pressure semacam jer. Mcm tadi,puas sy lajukan keta,bas tu ikut lagi rapat.Cam saja2 jer nak bagi sy gelabah.Bila tgk kat cermin pndg blakang nak tgk skit muka driver bas tu,ada ker dia tgh cam gelak.Nampak sgt nak kenakan sy.Sengal ayam btul!(Copy ayat Nani..heh).

Lagi nya sy ni lemah skit bab nak balance klac masa nak lepas handbrake.Fuh..byk kali gak enjin mati time tu.Sampai cikgu pun geleng pala jer..Hehe sy pun mula la kuar ayat slalu, "apehal klac nie..susah btul!" lagi ayat slalu sy, "rilex cikgu...time blaja mmg enjin suka mati.." Heh..sy plak ngajar dia.

Dah la tu,tiap kali nk masuk or tukar gear jer sy mesti tanya cikgu,"masuk ke tak ni cikgu?", "eh,gear 2 kn nie?", "btul la gear 3 nie kn?"..camtu la contoh2 nya.Hampeh kn sy nie.Haha. Cikgu plak mesti jwb, "nanti masa dgn JPJ nak tnya dia mcm nie ke?".Sy pun senyum aja la.
Tapi pastu tertanya lagi.Huu..

Bukit,parking ngn tiga penjuru tu sy rasa klau ingat step2 dia,InsyaALLAH bleh pass. Tapi la kan..yg sbenar2nya,klau yakin..tenang..InsyaALLAH mesti segala berjalan dgn lancar.Buat masa ni nak kata sy yakin n tenang sgt pun tak la coz bila surf internet pasal test JPJ je,lebih byk cita gagal dari lulus.Tambah plak ada kwn nie ckp kwn2 dia rmai yg gagal.
Psycho btul nie..but i've to b strong!! Cewahh..

Justeru itu,sy berdoa la sgt2 pd ALLAH moga dipermudahkan ujian esok.Moga diberi Pegawai JPJ yg lembut hatinya dan sporting..Moga fikiran dan hati sy tenang dan yakin ketika buat test tu.. anda2 tlg la doa kan sekali ye..

Moga2 Julida lulus dgn jayanya! AMEEN...






Saturday, September 26, 2009

Mix sToriEs Of me~~

7 SyawaL..i'm back to iiu!

Rasa skejap sgt cuti raya nie abis. cm bru je raya smalam,da kna pulang ke medan perjuangan. huhu,mencabar kn ayat! heh. Actually, yg masih bermimpi d awan-awangan cuti tu, sila la sedar kan diri anda. we r now back to our normal activities!

yg keja tu sila la kembali ke tempat keja+mengadap bos. mostly to all my frens..trima la kenyataan yg kita kena kembali ke uia+pulun siapkn assignment+presentations+study for exams+mengadap lecturers kesayangan.

For me, saya cuma ada sebulan lebih aja lagi nk hold title student. InsyaAllah mid of Nov nie sy akan slamat menamatkn pengajian sy dlm bidang komunikasi dan bakal menerima segulung ijazah yg penuh dgn kecemerlangan kelak..hehe..Amin...

Tapi perjuangan dlm hidup blum tamat. I'll go to the next phase, job level! Haha..mintak2 la senang dpt keja nti..Amin..

Btw, sepanjang cuti raya apa yg sy buat? Of course aktiviti2 yg biasa d lakukan..hehe.. g beraya umah kwn, umah sedara, umah tunang n blik kg coz ada kenduri..ok la kot..biasa jer. Nak kata meriah sgt raya tahun nie takde la but average la.

Happy mood tu mesti ada coz dpt beraya dgn insan2 tersayang. Semuanya ada bersama. Syukur sgt..coz ada org yg terpaksa beraya di perantauan tanpa insan2 tercinta. Might b one day i will be one of them. Huhu..hidup takkan dpt lari dari perpisahan..

Lastly, (yg nie tak penting pun utk korg..heh) to my fiance.."i hope u will not give up on me..i want to apologize coz i made ur raya mood not in a fully happy temperature..i'm a bit troublesome n always putting pressure on u..we always arguing..but please..don't let anything change our luv..our hearts..

Let us keep these words, "True luv is not being with someone b'coz u think u can b happy with that person, but b'coz without the person u feel something wrong with ur life.."

Mr. Pet..143!!!




Friday, September 18, 2009

esOk Raya kerr...

Erm take a break jap..actually sy tgh potong daging ni. nk wat msk blackpeper. Time tgh memotong tu rasa fikiran ni bercelaru jer. So dtg lepak kat internet jap (lepak?hehe). Tulis2 la apa yg patut kt blog ni, dgn harapan fikiran sy bleh clear sket.

Esok nk raya? erm..tak tahu kt mn yg kurang,kt mn yg tak kena..sy rs raya tahun nie cm tak terasa sgt di hati ni. Sy tertanya2 gak..kuih raya dah buat,baju raya,kasut raya semua dah beli. Tapi..apa yg tak ckup lagi ni?

Ntah la. Kdg2 kita sendiri tak phm knapa prasaan kita tak menentu. btul tak? Nak kata ada masalah,sapa la dlm dunia ni yg tak ada masalah kan? Bak kata lecturer hr aku, org yg EQ (Emotional Intelligent) tinggi jer yg masih mampu tenang dlm keadaan yg bermasalah. Mungkin EQ sy low kot.huhu..

Apa masalah sy? herm...sapa nk bagitau kat sini!! hehe..

Dah la, sy nk g sambung buat keja. Sy nk ucapkan Salam Aidil Fitri..Maaf Zahir & Batin.

Sy hrp sgt sy dpt menyambut ry pd hari esok atau lusa dgn tenang dan gembira. Moga Allah bukakan pintu hati dan minda sy utk berfikir perkara2 yg positif & sentiasa bersabar dgn ujian Nya.."Moga keberkatan ry takkan berlalu tanpa aku merasainya...Amin."

Tuesday, September 15, 2009

kueh raya ku huru-hara~

Salam ramadhan..hari ni da 26 hari kita berpuasa. Agak2 ada berlobang tak puasa anda?hehe..

Nway nak cita la sket psl kueh raya yg saya buat sepanjang sy balik umah ni..sy ni bkn la rajin sgt nak buat kueh raya but kalo tak buat sendiri rasa cm tak raya jer..tu yg usaha jgk buat.

Sy ni plak jenis yg suka buat kueh2 baru tiap kali raya..tak suka buat kueh yg sama..kalo bleh,semua resepi2 kueh raya tu nak try.

So,sy pun bercadangla nak buat kueh tart nenas gulong..tart nenas yg biasa bentuk bunga tu da penah buat,tu yg nk try yg gulong plak.

Masa tgh uli2 tepung tu rasa bersemangat btul,sy pun tak sbr la nak guna acuan yg mak bru beli tu. tetiba,masa sy nk tekan acuan tu,tak bergerak2 plak. Aduhai...ketat btul!

Cuba punya cuba,bleh dikatakan 5minit baru dapat 2 biji gulong! fuhh..ponat den...
semangat sy pun makin lama makin mencair ni..sy pun ajak adek sy yg comel tu dtg tlg.
Ni mmg da tahap fed-up da ni..

Adek sy pun guna la sepenuh tenaga nya menekan keluar tepung2 tersebut dari acuan tu sampai la dia pun terlungkup atas dulang kueh tu..kah3~

Sy apalagi..terus g amik acuan berbentuk bunga then buat kueh tart bunga jer..kuang2..
Adek sy plak buat kueh tart versi ABC..(ntah dtg mana bentuk tu)

Itulah kesudahan riwayat kueh tart nenas gulong sy yg telah menjadi huru hara di sebabkan cik acuan yg ketat...waaa..next year cuba lagi la....huhu..

Jadi,kepada anda2 yg nak sy bwk blik kueh ke uia tu,slamat menanti kan kueh 'pesen' apa yg akan sy hidangkan pada anda nnti yer..tungguuuu...~~~~ (^_^)

Wednesday, September 2, 2009

Tak adil sungguh!!


Salam alaik..korg dah baca surat khabar hari ni tak?

Saya tertarik nk berkongsi dgn anda ttg berita yg Belanda nak dakwa Pertubuhan Liga Arab Eropah (AEL) sbb menyiarkan kartun yg di anggap menghina yahudi.

Kata pihak pendakwa raya Belanda,
"Kartun ini satu diskriminasi. Ia menghina komuniti Yahudi,"

Dalam masa yg sama,bila mengulas ttg kartun yg menghina Nabi kita,Muhammad saw plak,diorg jwb:
mereka tidak akan mendakwa ahli politik ekstrem, Geert Wilders kerana menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Pihak pendakwa raya memberi alasan kartun itu tidak menghina umat Islam atau membawa kepada kebencian atau keganasan terhadap mereka. - AFP

Huh! adil ke tindakan diorg tu?

Diorg menghina agama Islam takpe la sgt,org lain hina agama diorg takbleh!

Sesungguhnya kita perlu sedar,Islam semakin ditindas.

Saya dah tgk kartun2 tu,tapi tak brani nak copy n letak kat sini,takut kena dakwa plak.

BTW,lepas saya baca berita tu,terus saya layar website AEL coz nk tau lebih lanjut ttg cita tu.

But,terkejut dan terkilan bila terbaca satu berita ni,yg mana sorg wanita Islam bernama Marwa el sharbini,tinggal di Jerman telah ditikam lapan belas kali oleh seorg lelaki yahudi hanya kerana memakai tudung.

malah bkn dia saja,suami dan anaknya yg berusia 3 tahun pun turut ditikam!

Alangkah kejamnya dunia di luar sana.Ramaikah manusia yg sedar?

Dan betapa tidak adilnya 'mereka' itu kerna tiada media Barat yg ambil peduli pun ttg kejadian kejam sebegitu.

Agak-agaknya la kan,sampai bila kita sebagai umat Islam akan terus berdiam diri dan hanya memandang dan mendengar?

Sampai terkena pada diri kita sendiri agaknya..waALLAHualam..

sama-samalah kita berdoa moga diberi perlindungan dan kekuatan oleh Allah utk menghadapi kaum2 kafir..AMIN.

Tuesday, September 1, 2009

camni ke org melayu berniaga?

Salam..em nampaknya setelah saya promosikan produk2 hpa saya, ada gak la peningkatan jualan. Walaupun dlm peratusan yg sikit aja, i'm always grateful to Him.

Lagipun buat masa ni saya kena struggle utk cukupkan 300NM, baru bleh dapat bonus. Takpe,saya takbleh putus asa, chayok2!!


Berbalik kpd topik saya tu, nak cita la sikit..smalam saya g berbuka puasa kat rasamas dgn senior2 (kak wani,kak dila) n junior (dik intan..hehe), then masa msuk2 je carefour kitorg g la belek2 baju kurung shceffon kat kdai sorg mkcik ni.

Nak dijadikan cita, saya ngn kak dila tarik kuar la sikit tgn baju tu coz nak tgk design dia, tiba2 akak tu sergah kitorg. Ntah la sergah ke apa, yg pasti dgn nada suara cm jerit+mrh+x suka.

Ada ke dia kata "kalau nk tgk baju jgn tarik2, nti rosak la baju tu!!". Masalahnya bkn kitorg tarik mcm nak rak pun, malah dgn lemah lembut lagi sopan yg saya pasti anda juga selalu berbuat begitu masa belek baju. Kitorg apa lagi, terus mood nak belek n beli hilang 100%.


Kdg2 aku tak phm jgk org melayu ni, dgn sesama bangsa pun masih tak tahu mcm mn cara nk berniaga dgn beramah mesra. Sebab tu la bangsa2 lain suka kondem yg org melayu ni takbleh maju krn budaya niaga yg tak dpt diubah yaitu tak dpt memberikan servis yg berkualiti.

Sepatutnya klau dia nk tegur pun, cuba la guna kata2 dan tonasi yg manis didgr. Dia mesti tak sedar krn cara dia tu, mgkin bleh hilang majoriti besar pelanggan, betul tak?


Ini bkn kali pertama la sy berhadapan ngn situasi camni, satu lagi pengalaman yg sy takbleh lupa, layanan pekerja kdai bodyshop kat satu tempat ni. Bodyshop cawangan mn tu takyah la sy bagtau.

Layanan diorg tu lagi dasyat, sy jejak2 je kaki dlm kdai tu, diorg dah pandang semacam. pandang atas bwh. seolah2 sy ngn kwn2 sy nak merompak brg kdai tu plak. Then kwn sy, sarah terdengar sorg pekerja ni bisik kt kwn dia "diorg tu bkn nk beli pun,saja je!" Aduh, igt kitorg sengkek sgt ke?

pastu, sorg dari diorg pun dtg ngn muka sgt masam mencukanya tnya kitorg "Ha,cari apa ni?" Waduh2..bagus betul cara diorg melayan pelanggan...kalau hrp muka je cantik,budi bahasa langsung tadak, huh aku bleh rate diorg zeroooo..


Korg rs2 la kan, bangsa apa diorg tu? sungguh sedih nak ngaku, org melayu kita jgk!


Saya bkn la nak kondem bgsa melayu ni, sy pun keturunan melayu..cuma nak alert kan dn muhasabah kn diri kita. Berbeza klau saya pegi kedai bangsa cina atau india, (ni pengalaman sy,taktau la dr pihak anda) diorg sblm pelanggan msuk lagi dah senyum, dah ckp "welcome", "mari msuk tgk2"..

bila dah msuk plak diorg tak penah tgk semacam, klau sy terjatuhkan brg pun diorg still ckp "it's ok..takpa2". Kalau kita kuar tak beli pun diorg still ckp "thank you". lain dgn segelintir kdai melayu, kalau kuar tak beli setelah puas membelek, mula la nak jeling.

Kalau jelingan manja takpa la jgk, ni jelingan membunuh!


Apa2 pun kat sini kita sebagai peniaga kena sentiasa igt, CUSTOMER is ALWAYS THE FIRST!!!


Seorg pelanggan yg kita hilang mungkin bleh buat kita kerugian berjuta2 ringgit! Nothing Impossible~~~