Monday, June 14, 2010

Sunday, June 6, 2010

~Kini setahun sudah~



6 June 2010.


Nothing to describe...

We know our own feeling.
Only our hearts.

No one knows..
No one understands..

Still hoping for dream comes true.

HE knows better what best for us...


Happy Anniversary!


Sunday, May 23, 2010

~terciptanya dirimu di hari ini~



Selamat Hari Lahir Mohd Rozaiman...

Semoga bahagia di dunia & di akhirat.


~Jika dia tak tercipta di hari itu, aku tak mengenalinya pun hari ini.

Jika dia tak dilahirkan di hari itu,
aku tak mungkin mengenal seukir senyuman yang menawan hatiku,
aku belum pasti pandai berlari untuk mengejar cinta,
aku sudah tentunya kaku tanpa cabaran seperti laila & majnun,
aku tak tahu apakah hatiku punya kasih syg dan kesabaran dlm mengukir setia.~


heheh..bleh tara tue? ntah mana aku blajar jiwang bgt nie.

U know how i feel for you, how i appreciate ur existence in my life..
whatever happen between us...u r still such a great lover i've ever had.

Happy Birthday 25th!!!!

Sunday, April 25, 2010

~going through big challenges~[monolog 2]


Perancangan lain, yg berlaku lain la pulak..susah nak atur kehidupan nie sebenarnya.."baru tau ke cik Julida?"


Hari ini ku lihat checklist 'day to day planning', takda satu pun yang bertanda. Hmm..masa tak tunggu aku. Aku masih termangu, masa pulak dah pecut menjauh dari aku. "Argh...what to do next nie??"

Okeh. Atur perancangan lain. Berdoa semoga ada hasilnya. Aku tahu semua nie ujian dari-NYA. Aku mungkin tak sempurna, selalu gagal tapi..aku bkn si lemah! "Ceh..hati tue bukan cam da penat ke..." (^_~)

Ada yang bertanya, "walau keja sementara, kenapa tak pilih keja yang tak teruk, cam keja ofis ke.." Hmm..sapa tanak keja yang senang-lenang kan tapi..mungkin niat aku selama nie yg mentakdirkan aku.

Aku pernah berniat nak rasa keja2 yang mencabar nie,"mesti berharga pengalaman2 tue..keja ofis nie tak mencabar fizikal. Kalau dah keja tetap, mesti takleh rasa dah keja lain.."

Now? u deserve its Julida....."kenapa nak merungut?"



p/s: Pernah gak aku terniat nak try keja jadi cleaner, huu..tamau..tlg......nakal betul niat aku ni!!

Sunday, April 4, 2010

world~u challenge me! [monolog 1]

Pagi itu di dlm bas..ku lihat semua org lelapkan mata.
"Penat bekerja la tu.."

Ku renung ke luar jendela bas yg sedang melalui jambatan Pulau Pinang.
Indahnya alam ciptaan YANG ESA..tak putus2 aku memuji NYA.

Tiba-tiba muncul soalan berlegar-legar di fikiranku.
"kenapa aku bleh ada kat sini ketika ni?" "bukankah sepatutnya tempat aku lebih baik dan selesa lagi dari apa yg ada skrg ni?"
Mataku mula rasa bergenang.

Masa di Universiti, tak pernah aku membayangkan aku akan melalui semua ini.
Tapi,ini lah realiti.

Andai aku tak punya semangat yg kental, pasti tiada lagi aku menggenggam harapan.
"Apa saja yg KAU tentukan untukku, aku redha...Kau takdirkan ini cara aku mendapat rezeki MU,aku terima dgn hati yg rela.."

Mujur secebis keimanan lantas menyuntik hatiku dgn ketabahan dan cinta kpd NYA,
agar diriku tak rebah di pentas ujian ini.


Wednesday, February 24, 2010

manusia yg tak sempurna~~

Manusia mmg tak sempurna kan..sometimes apa yg kita buat di salah ertikan org lain.

Org memandang..tanpa mencari kepastian, terus membuat kesimpulan.

Kebaikan yg kita buat jarang di lihat dan di hargai. Tapi keburukan jugak lah yg di cari-cari.

Setiap manusia tak terlepas dari menjadi mangsa fitnah kan.

Betul la kata org..sekali tersilap langkah, manusia yg tak suka lihat org lain hidup dgn tenang ni takkan teragak-agak mencipta cerita panas yg bleh menjatuhkn maruah kita.

Mulut manusia bkn bleh ditutup.

Tabahkn hati jer la..mudah-mudahan Allah beri perlindungan dan pertolongan.

p/s: "Ya Allah..moga aku tak tergolong di kalangan manusia yg suka merasa gembira di atas penderitaan org lain.."

Tuesday, February 9, 2010

~~kehidupan budak abes blaja~~( 1 )

Salam..lama sy tak update blog nie kan..tapi ada ke org yg perasan? huhu.....

Da dekat 2 bulan lebih sy grad..dlm masa nie jugak mcm2 adventures sy lalui. tanam anggur tu keja sampingan la...haha

Da byk pun keja-keja tetap yg sy apply, tapi mungkin rezeki takde lagi kan. wat to do..?

lagipun bagi sy, bagus jgk keja tak dtg cepat-cepat kan, bleh gak nak 'honeymoon' dulu kan..isk bkn honeymoon tu la, honeymoon bdk2 da khatam ngadap buku ngn cikgu..hoho

masa sebelum grad hari tue, semangat giler nak keja..konon-konon tanak duk umah. Jadi,balik je umah terus g keja kat pizza hut..huhu port sy la tue.

tapi sebulan jer. tetiba rasa "i need a rest....plssss.." hoho hampeh tul kan.

da pulak bila duk umah, asyik rasa bosan. buat apa semua tak kena. yer la, duit takde camna nak shopping..hahaha

pastu pegi temuduga gstt..mmg la besh time interview tue. tetiba ada isu bdk ijazah pendidikan ramai tak dpt keja lak..hmm tinggal impian la sy nak jadi cikgu. sah-sah kerajaan dah tanak amik budak U yg bidang lain.

apalagi nak buat nie. mmg byk keja yang sementara, tapi trasport lak takde. jauh-jauh tempat nya. nak tunggu keja tetap kerajaan yg apply online tu ntah abad bila nak panggil.

sy pun try la kerani. semua tempat pun tak jadi amik wlau sy tunjuk ijazah ke, spm ke. jawapan diorg "bagila peluang pada org yg mmg sesuai kerja macam ni..." hmmmm......

bab nak buat master tu, sy mmg berimpian. tapi nak keja la dulu. bila lagi nak bagi mak abah merasa duit titik peluh sy kan..

Skrg duk umah layan family n kdg2 selak gak buku-buku, huhu baru nak rajin study..keh2

Kat kwn-kwn yg sm grad dgn sy..camner life korg? mesti gempak kan....hehe

yg da dpt keja tu..Alhamdulillah..keja rajin-rajin, jangan curi tulang dan jauhi rasuah! hoho~

yg masih menyemai benih anggur tue..sabar la yer..rezeki tue ade,cpt atau lambat je..buat la keja apa-apa dulu..janji duit masuk,leh g shopping~~~lalaalalala~~

yg masih bertungkus lumus kat uia tu..blajaq rajin2 naa..jgn dok layan movie and facebook jerk....study2!! heh janji study smart udah lerr..ko nak lyn ape lyn la..

Jadi, skrg misi sy adalah terus berusaha dan bersabar..moga ada keja yg terbaik Allah tentukan..aminnn......