Sunday, April 25, 2010

~going through big challenges~[monolog 2]


Perancangan lain, yg berlaku lain la pulak..susah nak atur kehidupan nie sebenarnya.."baru tau ke cik Julida?"


Hari ini ku lihat checklist 'day to day planning', takda satu pun yang bertanda. Hmm..masa tak tunggu aku. Aku masih termangu, masa pulak dah pecut menjauh dari aku. "Argh...what to do next nie??"

Okeh. Atur perancangan lain. Berdoa semoga ada hasilnya. Aku tahu semua nie ujian dari-NYA. Aku mungkin tak sempurna, selalu gagal tapi..aku bkn si lemah! "Ceh..hati tue bukan cam da penat ke..." (^_~)

Ada yang bertanya, "walau keja sementara, kenapa tak pilih keja yang tak teruk, cam keja ofis ke.." Hmm..sapa tanak keja yang senang-lenang kan tapi..mungkin niat aku selama nie yg mentakdirkan aku.

Aku pernah berniat nak rasa keja2 yang mencabar nie,"mesti berharga pengalaman2 tue..keja ofis nie tak mencabar fizikal. Kalau dah keja tetap, mesti takleh rasa dah keja lain.."

Now? u deserve its Julida....."kenapa nak merungut?"



p/s: Pernah gak aku terniat nak try keja jadi cleaner, huu..tamau..tlg......nakal betul niat aku ni!!

Sunday, April 4, 2010

world~u challenge me! [monolog 1]

Pagi itu di dlm bas..ku lihat semua org lelapkan mata.
"Penat bekerja la tu.."

Ku renung ke luar jendela bas yg sedang melalui jambatan Pulau Pinang.
Indahnya alam ciptaan YANG ESA..tak putus2 aku memuji NYA.

Tiba-tiba muncul soalan berlegar-legar di fikiranku.
"kenapa aku bleh ada kat sini ketika ni?" "bukankah sepatutnya tempat aku lebih baik dan selesa lagi dari apa yg ada skrg ni?"
Mataku mula rasa bergenang.

Masa di Universiti, tak pernah aku membayangkan aku akan melalui semua ini.
Tapi,ini lah realiti.

Andai aku tak punya semangat yg kental, pasti tiada lagi aku menggenggam harapan.
"Apa saja yg KAU tentukan untukku, aku redha...Kau takdirkan ini cara aku mendapat rezeki MU,aku terima dgn hati yg rela.."

Mujur secebis keimanan lantas menyuntik hatiku dgn ketabahan dan cinta kpd NYA,
agar diriku tak rebah di pentas ujian ini.