Sunday, August 30, 2009

PBC hpa...



Salam..nak share la sikit dgn anda semua tentang PBC or perkongsian bijak cemerlang HPA yg saya hadiri pd 29-30 Ogos hari tu di Hotel de Palma, Ampang.

Mula-mula saya tanak pegi pun..coz budget tak cukup. But,then rezeki murah kot..upline saya nak bayarkan.(Thanks Ibnu!) So, saya g aja la.

Lagipun,last weekend tak buat apa2 pun..ditambah jgk dgn perasaan ingin tahu dgn lebih lanjut ttg hpa n org2 atasan nyer. Yer la, asyik jual brg aja,tp pengarah2 tak kenal..at least bila dah kenal baru naik sikit smangat nak berniaga kan.

Pada sangkaan saya PBC ni cam talk yg agak skema dan bosan la tp sbenarnye tak pun..
ilmu-ilmu pasal herba, halal haram dan byk lagi langsung tak memboringkan,malah setiap saat saya rasa excited nak dgr dan tahu.

Setiap sesi yg berlangsung jgk secara informal dan penuh dgn lawak jenaka. Paling tak dpt lupa pada Tn. Haji Abdullah, dia suka menyanyi dan buat kelakar. Apa yg pasti, ucapan semua pengarah2 mmg nmpk penuh ikhlas dan kesungguhan. Malah ada jgk LDK, jadi secara tak langsung saya dpt tambah ramai kenalan baru dari berbilang usia.

Ahli-ahli hpa yg hadir mmg kelakar dan sporting.Pengarah2 hpa bkn calang2 org,mereka adalah bekas engineer,pegawai jkr,doktor dan pelbagai bidang2 professional lain.

yg bestnya, saya dapat satu bilik hotel dgn kak Anim n mak mertua dia, tok ngah. Mereka sgt sporting n friendly. Mmg rasa mcm family sy sendiri walau baru kenal. cuma mlm nya diorg balik tido kt umah coz umahnye dekat aja dgn hotel tu. Jadi saya apalagi, mlm tu 'konker' la satu bilik tu..heh..

Ada la pada satu sesi tu, Tn. Haji Zainal (pengarah) tanya pada saya secara terbuka la ni (semua org dgr), jika saya dah berjaya mencapai bonus dkt 5 angka, apa yg saya nk buat dgn duit tu? saya ni dgn tanpa berfikirnya terus ckp nak dermakan pada JKM, rumah anak yatim dan pertubuhan org2 cacat.

Lepas aja sesi tu, rkn2 group saya pun ckp pd saya knapa jwpn skema sgt, nak gelak diorg dgr, jwb la nak enjoy ke..

Saya pun gelak aja dgr, malas nk ckp lebih2. Sbenarnye saya mmg tak plan jwpn tu, mmg spontan kuar. yer la, saya bkn nk berlakon jd malaikat kn, tp terus-terang mmg saya ada niat tu jika saya jadi org kaya kelak..InsyaAllah,amin. Heh tp bkn la derma semua duit, mn yg mampu la.

Balik dari PBC mmg saya dah punya semangat yg tggi utk memperjuangkan produk HPA yg halal, suci dan tak diragui lagi ni. InsyaAllah saya nak sebarkan pd kwn2 agar dpt share ttg kehebatan HPA.

Saya sgt2 berharap Allah akan meredhai apa yg akan saya usahakan ni dan moga saya akan berjaya dan jika saya dah berjaya, moga2 saya tak lupa pd niat murni saya tu..


Thursday, August 27, 2009

nak kawen??




















Setelah mendirikan rumah tangga, kita akan hanya punya dua pilihan.
Pilihan pertama, menjadi diri sendiri kerna pasangan menerima diri kita seadanya.
Pilihan kedua, mengubah diri menjadi seperti mana yang pasangan ingin kan.
Yang mana satu pilihan anda setelah berkahwin? Renung2 kan....

Wednesday, August 26, 2009

be ourselves!

Don't measure someone's faith by the way he look or by the way he dress,
but measure through the way he behaves using his heart and aqal..

Tuesday, August 25, 2009

luv HIM..


Tidak seorang manusia pun di muka bumi ini yang tidak diuji dengan masalah serta dugaan,
Namun kadang kala keperitan itu mengajar kita menghargai kebahagiaan yang hadir walau cuma sesaat.
Yang pasti, mengenal dan mencintai Maha Pencipta mampu menukarkan kesepian dan kesengsaraan pada ketenangan yang amat indah...
Ya Allah,kekal kan lah rasa cintaku pada keagunganMu...

Thursday, August 20, 2009

dah ready nak "pergi"??

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:


"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

JOm g solat terawikh!

Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

malam 1:

keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

malam 2:

diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

malam 3:

berseru malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.’

malam 4:

memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.

malam 5:

Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.

malam 6:

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

malam 7:

seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir’aun dan hamman.

malam 8:

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim “Alaihissalam.

malam 9:

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.

malam 10:

Allah subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.

malam 11:

keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

malam 12:

datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

malam 13:

datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

malam 14:

datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

malam 15:

semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

malam 16:

Allah Subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

malam 17:

Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

malam 18:

seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

malam 19:

Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.

malam 20:

Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

malam 21:

Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

malam 22:datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).

malam 23:

Allah Subhanahuwata’ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

malam 24:

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

malam 25:

Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

malam 26:

Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

malam 27:

Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

malam 28:

Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

malam 29:

Allah Subhanahuwata’ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

malam 30:

Allah Subhanahuwata’ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘al-Kauthar’”

” Sila abaikan fadilat tersebut kerana wujud keraguan mengenai kesahihannya. Apapun, bak kata alim ulama. kita berbuat janganlah kerana pahala. wallahualam.

Ramadhan is coming!

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

source: www.ashtech.com