Thursday, June 25, 2009

Hari yanG gelap~~

Selalunya kita mesti akan beranggapan negatif pada seseorg yg nampak "jahat" dan seksi..seolah-olah kita telah meng"set" kan dalam kotak fikiran kita, org yg mukanya nampak jahat, tak menutup aurat dan sosial adalah seorg yg takbleh dipercayai..yg apabila kita berkawan dengan nya kita perlu sgt berhati2. Takut2 kita pulak akan berubah jadi sepertinya. itu hanya tanggapan org yg terlalu mengagungkan dirinya sendiri. seolah2 dialah yg paling baik dan tiada cacat cela berbanding mereka yg sebaliknya itu. aku tidak rasa diri aku seperti itu, wallahualam..namun aku tetap meng"set" di dalam fikiran aku jika seseorg itu bertudung labuh, air mukanya nampak "baik" dan melayani aku dgn baik adalah seorg yg bleh dianggap hamba Allah yang sejati, namun hari ini merubah segalanya.....
pengajaran hari ini cukup mengguris hati aku. diriku ibarat di hempap oleh sesuatu yg terlalu berat namun benda itu tak pula kelihatan. dia yg kuanggap terlalu baik, sanggup mengkhianati aku dlm diam. mungkin baginya aku bodoh dan tidak sedar. namun segala bukti sudah cukup buat aku mengerti. Allah itu Maha Adil..aku percaya ada balasan yg telah disediakan untuk dia. pengalaman ini membuatkan penilaianku pada org2 yg nampak "baik" berubah serta-merta dan aku takkan mempercayai sesiapa lagi 100%. Kehidupan..tiada apa yg mustahil!

No comments:

Post a Comment