Sunday, October 25, 2009

Perhatian dan layanan...(women only!)


MINAH:"i dh puas bersabar,u tu cuma pentingkn diri sndiri je!!u x pnh nk jg hati i!"
MAMAT:"abis, u igt u jg hati i la?cuba la u phm sikit keadaan i..ni x,asyik nk melenting je!"
MINAH:"mcm mn i nk phm klau u pun x penah nk amik tahu apa yg i nk.."
MAMAT:"dah la,i da mls nk gaduh ngn u.."


Dialog d atas cuma sedikit gimik utk mukadimah topik sy semata2..tak berkaitan dgn mana2 pihak.
Selalu je kita dgr dialog cmtu sama ada di dunia realiti atau dlm drama2 TV kn.
Sapa yg beralah dlm dialog tu?
Mamat kn..biasalah,lelaki mmg akan beralah dulu,bkn nya apa..cuma mereka tahu dah tentu mereka takkan dpt menepis bidasan2 dari mulut seorg wanita.Hebat sbnrnye kaum Hawa ni..heh
Anda setuju tak klau sy kata kn perhatian dan layanan yg baik tu penting dlm sesebuah perhubungan?
Berapa peratus persetujuan anda tu? 25%? 47%? or 101%?...
Sy khas kn soalan ni utk kaum wanita jer..sbb bagi sy lelaki tak brapa kisah sgt.btul tak?that's my opinion only.
Sy bleh jamin 99.9% dari kaum sy akan setuju 100% bahawa wanita benci pd lelaki yg kurang memberi perhatian kpd mereka (sy mksudkan kurg berkomunikasi dan jrg mendengar masalah dn luahan hati pasangan) dan tak tahu nak memberi layanan yg baik (sy mksudkn selalu mengelak dari melayan kerenah pasangan,tinggi suara dan jrg menunjukkan rasa cinta).
Actually,sy bangkitkan topik nie pun sbb sy dah byk terbaca ttg punca-punca keretakkan sesebuah perhubungan d sbb kn sikap lelaki yg sentiasa endah tak endah terhadap pasangannya.i am not referring this to anyone's true experience including me ok! hehe..be neutral..
Sy suka utk berkongsi pendapat sy ttg topik ni dgn anda semua.
Bagi sy,lelaki yg kurang meluangkan masa utk pasangannya akan d salah ertikan yg mereka yg tak menghargai pasangan mereka.
Jika mereka tidak memberi layanan yg baik kpd pasangan mereka pula,seolah-olah mereka tidak tahu menjaga hati pasangan.
Am i correct friends?
Yes,i admit that we hv to look from men's sides also(bak kata cik Intan)..
yer la,mungkin mereka kurang masa utk pasangan kerna sibuk dgn kerja, aktiviti-aktiviti luar dan mcm2 lagi la.(maklum la..lelaki kn byk aktiviti..hoho).
Dan mungkin mereka tak dpt memberi layanan yg baik kerna berserabut dgn pelbagai masalah dan mereka rasa perkara tu sesuatu yg merimaskan.
cm ni kot-ape kejadah la nak lyn pompuan nak bermanja2 ni..ngada2 btol!(i repeat,these are my opinions only..)
Tapi setelah sy fikir dan fikir la kan..knapa kaum lelaki jadi mcm tu?sebab mereka itu egois nya tinggi dong..mereka nggak suka di lihat 'terhegeh-hegeh' dari wanita dan mereka nggak mau satu hari nti kepala mereka d pijak oleh wanita akibat terlalu memanjakn dan menuruti kehendak mmereka..(tukar channel sinetron jap..)
Tetapi mereka nggak sedar jika mereka terus-terusan begitu,satu hari bila sabar udah melebihi tahapnya,wanita akan memberontak seperti gunung berapi yg meletup!(huhu..aku pun x phm knpa mesti ckp Indon..)
oleh sbb aku khas kn topik ni utk girlssss,so a lesson we must take is..be independent!
Jgn terlalu berharap dan bergantung kpd kaum Adam..kerna cara mereka dan cara kita tak sama.
Jika wanita terlalu kritikal utk memaksa lelaki berubah sperti apa yg wanita inginkan,sesebuah perhubungan itu takkan bertahan lama.
Ini kerna,bkn semua lelaki boleh d bwk berbincang.(i emphasize,not all..it does'nt mean all..)
Kesimpulannya,be the best as long as we can...
sy bkn berniat utk kritik kata2 "we have to give and take" but..sometimes we must accept the reality that maybe we just give and do not receive back..
nobody perfect,the most important thing to survive in this cruel world is to learn on how to manage our own emotions in any situations we will face!
Wanita...teruslah kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang dgn segunung keimanan dan ketakwaan!
p/s:lelaki..teruslah kuat jgk utk menghadapi kerenah2 wanita...(^_^)




Thursday, October 22, 2009

i'm not a forever loser!

Salam..lama gak rasa tak update blog nie..hee actually lepas test JPJ hari tu mmg sy takda mood langsung nak mengarang cerpen kat sini. Why? coz sy gagal test tu..huu
Gagal apa? Mesti la gagal bukit..bukit kat SKEM tu kn bukit 'sumpahan'. (hehe..memetik kata2 Cik Far..).
Kenapa gagal? Terundur....malu btol sy,sbelum nie siap ckp confident kat bukit 95% tu..hoho the lesson is,jgn bangga diri dan over confident!
Ntah la,kalau sy nk salah kn diri sendiri yg tak pandai balance klac ngn minyak pun btul,kalau nak kata tak fokus pun btul jgk n kalau disebabkn dpt keta yg buruk pun btul! hehe cukup semua syarat utk sy jadikan alasan atas kegagalan sy.
Tapi,kalau dah takdir tu sapa bleh halang kn. Mungkin bukan rezeki sy utk lulus waktu tu. Memetik kata2 lecturer sy, "If it is not yours,it will never be yours".
Jadi sy phm kn camni la,klau dah Allah ckp benda tu bkn milik sy,sy takkan dpt pun dan kalau sy dpt pun mgkin sy akan kehilangannya jgk nanti.
Mula2 sy sedih gak..yer ar..time training mmg takde masalah. Tu yg agak terkejut n i started to think that i'm such a loser.. But then, i've tried to accept it.
Sehinggalah Allah buka kn jln dan peluang utk sy usaha lagi,tak sangka last2 minit SKEM setuju masuk kn nama sy even senarai dah penuh.
Bila test ulangan tu? semalam..heh. The result is..lulus la..Terima kasih la sgt2 kat mak n abah yg byk berdoa, my fiance yg selalu mencabar sy utk buktikan yg terbaik pd dia,kengkawan yg bagi supports n everbody yg terlibat la dlm mambantu menjayakan sy. (Fuh..giler skema ayat aku..).
Tapi apapun sy rasa mmg sy bernasib baik la hari test ulangan tu. Pegawai2 JPJ yg bertugas hari tu sporting2, cikgu2 byk bagi nasihat dan tips dan aku dpt keta yg mmg takda masalah.
Heh,tapi sy ni mmg gelabah tahap gaban la..time sy nk buat parking, sy wonder pesal la keta ni asyik mati jer. Bila sy angkat klac jer mati. Angkat jer mati.
Lebih 8 kali sy rasa. sy dah panic, dlm fikiran sy igt nk gagal aja ni. Then apalagi, sy jerit kuat2 kat Pegawai JPJ tu, "Encik,keta rosakkk!!!"
Tiba2 Encik tu jerit blik kat sy, "Keta tak rosak! Macam mana keta nk jln kalau awk tak lepas handbreak abis!"
Terkesima sy dgr. Terus sy tgk brek tgn. heh..mmg btul pun..apalagi,lepas cepat2 then dgn sepantas kilatnya sy msuk kotak parking,nasib sempat. Hampeh tol kan..
G je kat Encik tu, terus dia buat ayat membedel sy.."Lesen nak,tp brek tgn pun taktau dah lepas ke blum.."
Ah..tak kisah la..now i've got the license! Thanks GOD!!
Jadi,selepas ni kalau kita gagal jgn cepat putus asa..bangkit dan cuba utk melakukan yg terbaik!
InsyaAllah rezeki Allah sentiasa ada utk kita..kerana Dia Maha Adil...
p/s: Tak sbr ar nk drive..sapa2 ade keta yg sudi nk d korban kan tak? :p

Monday, October 5, 2009

Esok=Ujian Praktikal dgn JPJ!



Huhu..berdebar-debar btul nak g test JPJ esok.Tadi baru rehearsal dgn cikgu sy.
Semuanya ok lah..klau nk summarize,agk2 camni la:

bukit=confident 90%
parking=confident 92%
tiga penjuru=confident 95%
jln raya=confident 75%

Apesal jln raya sy rasa B? hehe..sebabnya sy nie gelabah sket klau ada lorI
or bas ikut blakang.Tambah2 bila d ikut dgn rapat,sy rs cm pressure semacam jer. Mcm tadi,puas sy lajukan keta,bas tu ikut lagi rapat.Cam saja2 jer nak bagi sy gelabah.Bila tgk kat cermin pndg blakang nak tgk skit muka driver bas tu,ada ker dia tgh cam gelak.Nampak sgt nak kenakan sy.Sengal ayam btul!(Copy ayat Nani..heh).

Lagi nya sy ni lemah skit bab nak balance klac masa nak lepas handbrake.Fuh..byk kali gak enjin mati time tu.Sampai cikgu pun geleng pala jer..Hehe sy pun mula la kuar ayat slalu, "apehal klac nie..susah btul!" lagi ayat slalu sy, "rilex cikgu...time blaja mmg enjin suka mati.." Heh..sy plak ngajar dia.

Dah la tu,tiap kali nk masuk or tukar gear jer sy mesti tanya cikgu,"masuk ke tak ni cikgu?", "eh,gear 2 kn nie?", "btul la gear 3 nie kn?"..camtu la contoh2 nya.Hampeh kn sy nie.Haha. Cikgu plak mesti jwb, "nanti masa dgn JPJ nak tnya dia mcm nie ke?".Sy pun senyum aja la.
Tapi pastu tertanya lagi.Huu..

Bukit,parking ngn tiga penjuru tu sy rasa klau ingat step2 dia,InsyaALLAH bleh pass. Tapi la kan..yg sbenar2nya,klau yakin..tenang..InsyaALLAH mesti segala berjalan dgn lancar.Buat masa ni nak kata sy yakin n tenang sgt pun tak la coz bila surf internet pasal test JPJ je,lebih byk cita gagal dari lulus.Tambah plak ada kwn nie ckp kwn2 dia rmai yg gagal.
Psycho btul nie..but i've to b strong!! Cewahh..

Justeru itu,sy berdoa la sgt2 pd ALLAH moga dipermudahkan ujian esok.Moga diberi Pegawai JPJ yg lembut hatinya dan sporting..Moga fikiran dan hati sy tenang dan yakin ketika buat test tu.. anda2 tlg la doa kan sekali ye..

Moga2 Julida lulus dgn jayanya! AMEEN...